Sep 25, 2005
sebuah pertemuan...

Setiap rindu dan ingatan terhadap seseorang sering saja mendesak-desak untuk satu pertemuan. Beginilah perasaanku kini. Kenapa saat-saat begini, kuatnya rasa rindu yang bertandang…begitu menyakitkan hatiku. Mungkin inilah dinamakan kasih seorang teman. Ya, aku tidak dapat melupakan persahabatan itu kerana ianya cukup bermakna dalam hidupku dari mula terbinanya persahabatan itu sehinggalah ke saat ini. Masihku ingat setiap kenangan kita bersama. Kau hadir di saat aku benar-benar memerlukan seorang teman. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa kita dipertemukan tapi akhirnya terpisah begitu sahaja. Kini tiada lagi khabar yang inginku dengar daripadamu. Tiada lagi berita, cerita tentangmu. Sesekali menerbitkan kerisauan dalam diri, bimbang andaikata kau berbeza berbanding dulu. Apa yang kuharapkan, semoga persahabatan itu masih terjalin sekalipun tanpa apa-apa perhubungan kerana kau yang menginginkan begitu. Aku tidak mampu menghalangmu, biarpun sudah ku cuba berkali-kali. Namun aku bersyukur kerana aku tidak pernah berputus asa untuk berusaha mengekalkan ukhuwah yang pernah kita cipta dulu. Segala-ganya cukup bermakna.

 

Sahabat yang ku kasihi, ingin sekali aku ceritakan kepadamu akan apa yang aku lalui dan rasai setelah pemergianmu. Aku benar-benar kecewa kerana begitu akhirnya persahabatan kita. Aku aku redha dalam terpaksa. Siapa aku untuk memaksa walaupun berkali-kali aku merayu. Namun, aku memahami….kau juga terluka dan aku terpaksa akur dengan hasratmu. Moga kejayaan buatmu teman. Disaat akhir pertemuan kita, begitu menyayat hatiku..begitu terasa kehilangan dan begitu aku tertekan kerana aku tiada lagi teman lain untuk berbicara. Tiada apa yang dapatku berikan padamu, kecuali sekeping gambar kita berdua dan itu juga lah satu-satunya kenangan yang ada dalam simpananku yang telahku berikan padamu dengan harapan kau akan tetap sentiasa mengingatiku. Sahabat yang kukasihi, apakah makna disebalik pertemuan itu. Sesungguhnya, banyak yang telah aku pelajari setelah mengenali dirimu. Dan semuanya itu telah memberi kesan kepada kehidupanku kini. Tiap kali perasaan marah datang, aku sudah mampu mengawalnya. Aku belajat tentang kesabaran sebagaimana sabarnya dirimu menempuh hidup yang aku rasakan aku sendiri tidak mampu menghadapinya. Aku juga telah belajar tentang makna keikhlasan sepertimana ikhlasnya hatimu menerima suratan hidup yang cukup memeritkan hati dan melukakan perasaan.

 

Sahabat yang kukasihi, sesungguhnya…setiap kali ingatan terhadapmu menerjah datang kedalam ingatanku….aku mula membayangkan itu semua…kelukaan,,,kesedihan..keikhlasan..kesabaran….dan betapa engkau redha dengan apa yang berlaku. Padaku kau luahkan semua itu sekadar meluahkan kesengsaraan yang kau lalui. Aku menangis..mengenangkan itu semua. Setiap yang berlaku ada hikmahnya…dan aku sentiasa berharap…kasih Ilahi memayungi kehidupanmu..ketahuilah sahabatku, kasihku terhadapmu tidak pernah kurang dan kau tetap sahabatku selama-lamanya.

Posted at 10:19 pm by eva-eva
Make a comment  



   



<< March 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Erti Syukur -UNIC -

Satu Tekad -UNIC -

Kau Lilin Cintaku -Fran -

Elegi Sepi -Azharina -



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed